Showing posts with label Daerah Petaling. Show all posts
Showing posts with label Daerah Petaling. Show all posts

Wednesday, October 14, 2020

Jom Taco Bell Petaling Jaya!...

 





Bagi peminat Taco Bell di Malaysia... ada berita baik untuk anda... selepas ini... anda tidak perlu terbang jauh ke China, Jepun, Korea Selatan, India, Filipina, Australia dan New Zealand untuk menikmati kelazatan hidangan taco di Taco Bell kerana pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kerja-kerja pengubahsuaian premis Taco Bell sedang berjalan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Tentu perkara ini sesuatu yang dinantikan oleh peminat Taco Bell di Malaysia kerana akhirnya Taco Bell akan membuka cawangan pertama mereka di Malaysia.

Kemasukan Taco Bell di Malaysia telah mendapat perhatian peminat Taco Bell di Malaysia menerusi beberapa laman sesawang, laman blog, laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain laman media sosial) dan lain-lain lagi.

Seperti biasa pada jangkaan pengarang blog ini... hari pertama pembukaan cawangan pertama restoran Taco Bell di Malaysia ini akan dipenuhi oleh ramai peminat-peminat Taco Bell warga Malaysia yang pernah menikmati hidangan dari Taco Bell ini.

Oleh itu... pesanan daripada pengarang blog ini kepada peminat-peminat Taco Bell warga Malaysia yang tidak mahu beratur panjang dan bersesak dalam outlet pertama Taco Bell di Malaysia... elakkan pergi pada hari pertama pembukaan... tunggulah beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan selepas hari pertama pembukaan.

Apa pun... pengarang blog ini ingin mengucapkan kepada Taco Bell... "Selamat Datang Ke Malaysia..." dan untuk peminat-peminat Taco Bell warga Malaysia... "Selamat Menjamu Selera!..." 😎

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...