Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/trulyproud2bmalaysian/


https://iproud2bmalaysian.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#Malaysia #Malaysia #ProudToBeMalaysian #HarimauMalaya #SelamanyaHarimauMalaya #Negaraku #Dirgahayu #TanahAirKu #TanahTumpahDarahku #DirgahayuNegarakuTanahTumpahDarahku  #MalaysiaBoleh  #SayangiMalaysiaku  #JalurGemilang  #MalaysiaMadani  #TanahAirTercinta  #AnakMalaysia  #SehatiSejiwa  #DemiMalaysia  #MerahPutihBiruKuning  #BanggaJadiAnakMalaysia #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Tuesday, October 13, 2020

Stesen - Stesen HSR Di Malaysia?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ada khabar angin menyatakan bahawa pihak kerajaan Malaysia dan Singapura ingin kembali membuka pintu rundingan untuk menyambung kembali projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura melalui beberapa stesennya.

Berikut ialah antara stesen hentian HSR tersebut yang dijangka mungkin berpotensi diwujudkan... 

~ Stesen Kuala Lumpur (berkemungkinan terletak di Kuala Lumpur Sentral, KL Sentral).

~ Stesen Putrajaya (berkemungkinan terletak di Putrajaya Sentral).

~ Stesen Seremban (berkemungkinan terletak di kawasan Nilai).

~ Stesen Melaka (berkemungkinan terletak di kawasan Ayer Keroh / Hang Tuah Jaya).

~ Stesen Muar (yang berkemungkinan terletak di kawasan Pagoh).

~ Stesen Batu Pahat (yang berkemungkinan terletak di kawasan Sri Gading).

~ Stesen Johor Bahru (yang berkemungkinan terletak di kawasan Iskandar Puteri).

~ Stesen Singapura (yang berkemungkinan terletak di kawasan Jurong).

Pada pandangan pengarang blog ini... jajaran stesen-stesen HSR ini berpotensi dipanjangkan sehingga ke penghuhung utara  pantai barat semenanjung Malaysia iaitu sehingga ke Perlis. Jika jajaran stesen-stesen HSR ini boleh dipanjangkan sehingga ke penghujung utara pantai barat semenanjung Malaysia iaitu sehingga ke Perlis... pada pandangan pengarang blog ini... berikut ialah senarai jajaran stesen-stesen HSR yang berpotensi diwujudkan sambungan dari Kangar ke Kuala Lumpur...

~ Stesen Kangar (potensi kemungkinan terletak di kawasan Bukit Lagi).

~ Stesen Alor Setar (potensi kemungkinan terletak di kawasan Muadzam Shah / Anak Bukit / Kuala Kedah).

~ Stesen Pulau Pinang (potensi kemungkinan terletak di kawasan Prai).

~ Stesen Ipoh (potensi kemungkinan terletak di kawasan Meru Raya).

~ Stesen Kuala Lumpur (berkemungkinan terletak di Kuala Lumpur Sentral, KL Sentral).

Jika pada ketika projek HSR ini siap sepenuhnya dan berjaya memberi impak yang sangat positif kepada ekonomi negara Malaysia... beberapa laluan HSR Malaysia berpotensi untuk dipertimbangkan kewujudannya. Pada pandangan pengarang blog ini... berikut ialah senarai laluan dan jajaran stesen-stesen HSR yang berpotensi diwujudkan selepas Laluan 1 (Kuala Lumpur - Singapura atau berpotensi Kangar - Singapura)...

Laluan 2, Laluan Pantai Timur - Lembah Klang (Kota Bharu - Shah Alam).

~ Stesen Kota Bharu (potensi kemungkinan terletak di kawasan Tunjung).

~ Stesen Kuala Terengganu (potensi kemungkinan terletak di kawasan Bukit Besar).

~ Stesen Kuantan (potensi kemungkinan terletak di kawasan Indera Mahkota atau Kuantan Sentral).

~ Stesen Temerloh.

~ Stesen Kuala Lumpur (kemungkinan terletak di kawasan Kuala Lumpur Sentral / KL Sentral).

~ Stesen Shah Alam.

Laluan 3, Laluan Pantai Timur - Iskandar Malaysia (Kuantan - Johor Bahru).

~ Stesen Kuantan (potensi kemungkinan terletak di kawasan Indera Mahkota atau Kuantan Sentral).

~ Stesen Kluang (potensi kemungkinan terletak di kawasan pusat bandar Mengkibol).

~ Stesen Johor Bahru (yang berkemungkinan terletak di kawasan Iskandar Puteri).

Laluan 4, Laluan Malaysia Timur (Kuching - Tawau).

~ Stesen Kuching, Sarawak.

~ Stesen Kota Samarahan.

~ Stesen Sri Aman.

~ Stesen Sibu.

~ Stesen Bintulu.

~ Stesen Miri.

~ Stesen Sempadan Sabah Sarawak (untuk tujuan pemeriksaan imigresen atas tujuan merentas Sabah / Sarawak).

~ Stesen Keningau.

~ Stesen Kota Kinabalu.

~ Stesen Sandakan.

~ Stesen Tawau.

Kewujudan HSR di beberapa buah negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Perancis telah membuktikan bahawa kewujudan HSR sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi impak ekonomi kepada negara kerana boleh menghubungkan penduduk di kawasan bandar besar dan bandar kecil dari segi ekonomi dan sosial.

Terdapat beberapa buah negara yang berminat untuk membina jajaran HSR ini seperti India dan Indonesia di negara mereka. Oleh sebab itu... Malaysia juga tidak harus ketinggalan dalam arus kemajuan ekonomi ini.

Jika projek HSR ini boleh memberi impak kemajuan ekonomi kepada beberapa negara yang sudah mempunyai HSR seperti Jepun, China & Korea Selatan... bayangkan pula apa kesannya kepada Malaysia amnya.

Salah satu kesan ekonomi yang boleh melanda Malaysia apabila projek HSR dan beberapa stesen hentian di Malaysia ini siap dibina dan mula beroperasi... akan ada pertumbuhan populasi yang secara mendadak akibat daripada ramainya penghijrahan warga desa ke bandar kecil berhampiran dengan stesen HSR ini untuk menetap di bandar kecil stesen HSR ini tetapi bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura memandangkan kos kehidupan di bandar kecil stesen HSR ini masih lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan Singapura.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Senarai & Cadangan Pelabuhan - Pelabuhan Berpotensi Mengikut Negeri - Negeri Di Malaysia?...




Di Malaysia... terdapat beberapa buah pelabuhan antarabangsa iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kuching & Pelabuhan Kota Kinabalu.

Selain daripada pelabuhan antarabangsa yang disebutkan tadi terdapat juga beberapa pelabuhan domestik hampir di setiap negeri antaranya ialah Pelabuhan Lumut yang terletak di negeri Perak.

Pada pandangan pengarang blog ini... Malaysia mempunyai potensi untuk penambahan beberapa pelabuhan antarabangsa di negara ini bagi merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Penambahan beberapa pelabuhan antarabangsa di negara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mewujudkan pelabuhan baru atau menaiktaraf pelabuhan domestik sedia ada kepada pelabuhan antarabangsa.

Pada pandangan pengarang blog ini... berikut ialah senarai cadangan pelabuhan-pelabuhan antarabangsa yang berpotensi diwujudkan di Malaysia suatu hari nanti pada masa akan datang...

~ Pelabuhan Antarabangsa Labuan.
~ Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson, Negeri Sembilan.
~ Pelabuhan Antarabangsa Minyak Beku, Johor.
~ Pelabuhan Antarabangsa Muar, Johor.
~ Pelabuhan Antarabangsa Pengerang (Daerah Kota Tinggi), Johor.
~ Pelabuhan Antarabangsa Melaka.
~ Pelabuhan Antarabangsa Lumut, Perak.
~ Pelabuhan Antarabangsa Kuala Kedah, Kedah.
~ Pelabuhan Antarabangsa Langkawi, Kedah.
~ Pelabuhan Antarabangsa Kuala Perlis, Perlis.
~ Pelabuhan Antarabangsa Tok Bali, Kelantan.
~ Pelabuhan Antarabangsa Kuala Terengganu, Terengganu.
~ Pelabuhan Antarabangsa Miri, Sarawak.
~ Pelabuhan Antarabangsa Sibu, Sarawak.
~ Pelabuhan Antarabangsa Bintulu, Sarawak.
~ Pelabuhan Antarabangsa Sandakan, Sabah.
~ Pelabuhan Antarabangsa Tawau, Sabah.

Harapan pengarang blog ini agar perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tuesday, June 18, 2019

Kuala Langat bakal miliki taman tema ala Hollywood.



KUALA LANGAT, 12 APR: Kuala Langat bakal menjadi destinasi percutian keluarga apabila tiga taman tema tersohor, Universal Studio, Fox World dan Disney World siap dibina nanti.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tiga taman tema itu dibina ekoran kawasannya yang strategik daripada sudut pembangunan di Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah menerima beberapa permohonan daripada pemaju di sekitar sini bagi melaksanakan projek terbabit.

“Tiga taman tema itu bakal dibina di jajaran sebahagian Kota Kemuning sehingga berhampiran Sijangkang memandangkan ia antara kawasan pembangunan yang begitu pesat.

“Kuala Langat menerima pelbagai pembangunan baharu pada masa kini dan jika dilihat ia antara kawasan yang amat strategik untuk membangunkan taman tema,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid dan Solat Jumaat, Masjid At-Taqwa, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas berkenaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikannya pagi tadi di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat.

Sementara itu, Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim berkata, Kuala Langat bakal menjadi destinasi percutian keluarga ekoran pembinaan taman tema terbabit.

Katanya, keseluruhan pelaburan itu membabitkan kos lebih RM15 bilion dengan keluasan melebihi 800 ekar.

“Saya amat optimis projek ini diluluskan Pihak Berkuasa Negeri supaya ia dapat menjadi mercu tanda paling gah di Kuala Langat satu hari nanti.

“Oleh itu, memang layak daerah Kuala Langat dipilih sebagai The Most Prefrered Destination for Investment by District 2017-2018 anjuran Invest Selangor sekali gus bersesuaian dengan status bakal dinaik taraf kepada perbandaran,” katanya.


Anda dialukan untuk melayari laman sesawang kami untuk lebih banyak info daripada pihak kami... terima kasih...

Proud To Be Malaysian Web
https://iproud2bmalaysian.blogspot.com/?m=0

Wow Eight Biz Web
https://wow8biz.blogspot.com/?m=0

Sila klik pautan di bawah untuk menyertai kumpulan WhatsApp info kami.

Proud To Be Malaysian WA

Wow Eight Biz WA

Like / Follow / Subscribe / Share
( Suka / Ikuti / Langgan / Kongsi )


FB ~ https://www.facebook.com/wow8biz/

TW ~ https://twitter.com/@wow8gangz/

IG ~ https://instagram.com/wow8gangz/

Sebarang pertanyaan, cadangan atau apa jua maklumbalas... anda boleh terus mengirimkan mesej WhatsApp kepada kami dengan klik di pautan di bawah ini...

Wow Eight WhatsApp Biz
https://wa.me/60187861238

#WowEight #Wow8 #Wow8Biz #Wow8Gangz #Wow8Zone #WowEightBiz #WowEightGangz #WowEightZone #Malaysian #Malaysia #ProudToBeMalaysian #SayaBanggaJadiAnakMalaysia #Negaraku #HarimauMalaya #Selangor #Selangorean #TheRedGiant #KualaLangat #CutiCutiMalaysia #JalanJalanMakanAngin #SkyscraperCity #SkyscraperCityMalaysia #DisneyWorldMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...