Saturday, July 4, 2020

Senarai Daerah - Daerah Mengikut Negeri - Negeri Di Malaysia...

Proud To Be Malaysian
blogger

Secara ringkasnya... Berikut ialah senarai daerah - daerah mengikut negeri - negeri di dalam Negara Persekutuan Malaysia.




Daerah - daerah di Wilayah Persekutuan terbahagi kepada tiga daerah. Tiga daerah tersebut ialah...

~ Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Daerah yang berperanan dan terletaknya ibu negara Malaysia di daerah ini. Walaupun Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia... tetapi kebanyakkan agensi dan kementerian telah berpindah pusat pentadbiran baru negara terletak di Daerah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara beberapa agensi dan kementerian yang masih kekal di Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri & Kementerian Pertahanan. Fungsi dewan persidangan parlimen (Dewan Rakyat & Dewan Negara) juga masih dikekalkan di daerah ini. Bangunan - bangunan pejabat kedutaan dan diplomatik asing juga masih kekal di daerah ini. Pusat urbanisasi serta ekonomi utama daerah ini terletak di Segitiga Bukit Bintang, Mukim Bandar Kuala Lumpur. Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan bandaraya terbesar di Malaysia dan Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berperanan sebagai pusat urbanisasi dan ekonomi utama di negara ini. Selain Segitiga Bukit Bintang... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kampung Baru, Brickfields, Pusat Bandar Damansara, Bangsar, Seri Hartamas, Taman Keramat, Sri Petaling, Bukit Jalil, Cheras, Kepong, Wangsa Maju & Sentul.

~ Daerah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Daerah yang berperanan dan terletaknya pusat pentadbiran Malaysia di daerah ini. Walaupun Daerah Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Malaysia... tetapi ibu negara rasmi terletak di Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

~ Daerah Wilayah Persekutuan Labuan. Victoria berperanan sebagai pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama Daerah Wilayah Persekutuan Labuan. Pekan utama di daerah ini selain Victoria ialah Kampung Layang - Layangan.


Daerah - daerah di negeri Selangor terbahagi kepada sembilan daerah. Sembilan daerah tersebut ialah...

~ Daerah Petaling. Daerah ini terletaknya ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam tetapi ibu daerahnya ialah Subang Jaya dan bandar terbesar di Selangor yang terletak di daerah ini ialah Petaling Jaya. Petaling Jaya merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama di negeri Selangor. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bukit Jelutong, Puchong, Sungai Buloh, Kelana Jaya, Bandar Sunway, Bandar Utama & Kinrara.

~ Daerah Kuala Langat. Ibu daerah Kuala Langat ialah Teluk Datuk manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Banting. Selain Teluk Datuk & Banting... bandar atau pekan utama di daerah ini ialah Teluk Panglima Garang.

~ Daerah Hulu Langat. Ibu daerah Hulu Langat ialah Bandar Baru Bangi manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Ampang Jaya. Selain Bandar Baru Bangi & Ampang Jaya... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kajang, Semenyih & Pandan.

~ Daerah Sepang. Ibu daerah Sepang ialah Salak Tinggi manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Cyberjaya. Selain Salak Tinggi & Cyberjaya... bandar atau pekan utama di daerah ini ialah Sungai Pelek.

~ Daerah Klang. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Klang (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Kapar & Pandamaran.

~ Daerah Kuala Selangor. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Selangor (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Tanjung Karang.

~ Daerah Sabak Bernam. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Sabak (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Sungai Besar & Sekinchan.

~ Daerah Gombak. Ibu daerah Gombak ialah Gombak Setia manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Selayang. Selain Gombak Setia & Selayang... bandar atau pekan utama di daerah ini ialah Rawang.

~ Daerah Hulu Selangor. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Kubu Baharu (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Batang Kali.


Daerah - daerah di negeri Negeri Sembilan terbahagi kepada tujuh daerah. Tujuh daerah tersebut ialah...

~ Daerah Seremban. Daerah yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan di daerah ini iaitu Bandaraya Seremban. Bandaraya Seremban merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama negeri Negeri Sembilan. Selain Bandaraya Seremban... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Nilai.

~ Daerah Jempol. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bahau. Bahau merupakan bandar kedua terbesar di negeri Negeri Sembilan selepas Bandaraya Seremban. Selain Bahau... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Serting.

~ Daerah Port Dickson. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bandar Port Dickson. Bandar Port Dickson merupakan bandar ketiga terbesar di negeri Negeri Sembilan selepas Bandaraya Seremban & Bahau. Selain Bandar Port Dickson... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Lukut.

~ Daerah Tampin. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bandar Tampin. Bandar Tampin merupakan bandar keempat terbesar di negeri Negeri Sembilan selepas Bandaraya Seremban, Bahau & Bandar Port Dickson. Selain Bandar Tampin... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Gemas.

~ Daerah Kuala Pilah. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bandar Kuala Pilah. Bandar Kuala Pilah merupakan bandar kelima terbesar di negeri Negeri Sembilan selepas Bandaraya Seremban, Bahau, Bandar Port Dickson & Bandar Tampin. Selain Bandar Kuala Pilah... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Seri Menanti.

~ Daerah Jelebu. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Kuala Klawang. Kuala Klawang merupakan bandar keenam terbesar di negeri Negeri Sembilan selepas Bandaraya Seremban, Bahau, Bandar Port Dickson, Bandar Tampin & Bandar Kuala Pilah. Selain Kuala Klawang... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Pertang.

~ Daerah Rembau. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bandar Rembau. Bandar Rembau merupakan bandar ketujuh terbesar di negeri Negeri Sembilan selepas Bandaraya Seremban, Bahau, Bandar Port Dickson, Bandar Tampin, Bandar Kuala Pilah & Kuala Klawang. Selain Bandar Rembau... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Pedas.


Daerah - daerah di negeri Johor terbahagi kepada sepuluh daerah. Sepuluh daerah tersebut ialah...

~ Daerah Johor Bahru. Daerah yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Johor di daerah ini. Walaupun Johor Bahru (merujuk kepada pusat metropolitan Johor Bahru yang terletak di Mukim Bandar Johor Bahru. Mukim Bandar Johor Bahru terletak di bahagian selatan daerah) merupakan ibu negeri Johor... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Iskandar Puteri (terletak di bahagian timur daerah). Dari segi pentadbiran daerah pula... pusat urbanisasi serta ekonomi utama daerah ini terletak di Zon Tanjung Puteri, Mukim Bandar Johor Bahru (terletak di bahagian selatan mukim) manakala pusat pentadbiran daerah pula terletak di Zon Larkin, Mukim Bandar Johor Bahru (terletak di bahagian utara mukim). Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru berperanan sebagai pusat urbaniasi dan ekonomi utama di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Selain Tanjung Puteri... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Nong Chik, Lido, Teluk Danga, Stulang, Taman Pelangi, Jalan Serampang, Tebrau, Pandan, Johor Jaya, Tampoi, Bandar Baru UDA, Damansara Aliff, Majidee, Kempas, Larkin, Tasek Utara, Medini Iskandar, Bukit Indah, Gelang Patah, Pasir Gudang, Seri Alam, Ulu Tiram, Skudai, Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Taman Impian Emas, Pulai & Taman Universiti.

~ Daerah Kulai. Pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandar Kulai. Bandar Kulai merupakan bandar keenam terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram, Mengkibol, Maharani & Bandar Kota Tinggi. Selain Bandar Kulai... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Senai, Kelapa Sawit & Taib Andak. Di daerah ini juga terletaknya lapangan terbang utama negeri Johor dan bahkan jua untuk bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak di Senai.

~ Daerah Batu Pahat. Pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandaraya Batu Pahat (Penggaram). Penggaram merupakan bandar kedua terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri. Selain Penggaram... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Yong Peng, Rengit, Parit Raja, Ayer Hitam, Sri Gading, Semerah, Parit Sulong, Senggarang, Parit Yaani & Sri Medan.

~ Daerah Pontian. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandar Pontian Kechil. Bandar Pontian Kechil merupakan bandar kelapan terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram, Mengkibol, Maharani, Bandar Kota Tinggi, Bandar Kulai & Bandar Segamat. Selain Bandar Pontian Kechil... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Pontian Besar, Pontian Tambak, Pekan Nenas, Benut, Kukup, Kayu Ara Pasong, Ayer Baloi, Sanglang, Serkat, Permas & Api - Api.

~ Daerah Kluang. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandaraya Kluang (Mengkibol). Mengkibol merupakan bandar ketiga terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri & Penggaram. Selain Mengkibol... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Simpang Renggam, Kahang, Paloh, Machap, Renggam & Layang - Layang.

~ Daerah Segamat. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandar Segamat. Bandar Segamat merupakan bandar ketujuh terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram, Mengkibol, Maharani, Bandar Kota Tinggi & Bandar Kulai. Selain Bandar Segamat... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Labis & Gemas Baru.

~ Daerah Muar. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandaraya Muar (Maharani). Maharani merupakan bandar keempat terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram & Mengkibol. Selain Maharani... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bakri & Pagoh.

~ Daerah Tangkak. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandar Tangkak. Bandar Tangkak merupakan bandar kesepuluh terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram, Mengkibol, Maharani, Bandar Kota Tinggi, Bandar Kulai, Bandar Segamat, Bandar Pontian Kechil & Bandar Mersing. Selain Bandar Tangkak... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Serom.

~ Daerah Kota Tinggi. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandar Kota Tinggi. Bandar Kota Tinggi merupakan bandar kelima terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram, Mengkibol & Maharani. Selain Bandar Kota Tinggi... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Teluk Sengat, Pengerang, Sungai Rengit & Tanjung Sedili.

~ Daerah Mersing. Pusat urbaniasi dan ekonomi utama daerah ini terletak di Bandar Mersing. Bandar Mersing merupakan bandar kesembilan terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri, Penggaram, Mengkibol, Maharani, Bandar Kota Tinggi, Bandar Kulai, Bandar Segamat & Bandar Pontian Kechil. Selain Bandar Mersing... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Endau, Jemaluang, Pulau Sibu & Pulau Aur.


Daerah - daerah di negeri Melaka terbahagi kepada tiga daerah. Tiga daerah tersebut ialah...

~ Daerah Melaka Tengah. Daerah yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Melaka di daerah ini iaitu Bandaraya Melaka. Walaupun Bandaraya Melaka merupakan ibu negeri Melaka... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Hang Tuah Jaya (masih terletak di dalam daerah Melaka Tengah). Bandaraya Melaka merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama negeri Melaka. Selain Bandaraya Melaka... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Hang Tuah Jaya.

~ Daerah Alor Gajah. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bandar Alor Gajah. Selain Bandar Alor Gajah... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Durian Tunggal & Masjid Tanah.

~ Daerah Jasin. Pusat pentadbiran, urbanisasi dan ekonomi daerah terletak di Bandar Jasin. Selain Bandar Jasin... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Merlimau & Sungai Rambai.


Daerah - daerah di negeri Pulau Pinang terbahagi kepada lima daerah. Lima daerah tersebut ialah...

~ Daerah Timur Laut. Ibu daerah ini ialah George Town (Tanjung). George Town berperanan dan terletaknya ibu negeri Pulau Pinang. George Town merupakan bandaraya ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru. George Town berperanan sebagai pusat urbaniasi dan ekonomi utama di bahagian Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Selain George Town... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Jelutong, Ayer Itam & Gelugor.

~ Daerah Barat Daya. Ibu daerah Barat Daya ialah Balik Pulau manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Bandar Bayan Baru.

~ Daerah Seberang Prai Tengah. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bukit Mertajam (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Permatang Pauh & Seberang Jaya.

~ Daerah Seberang Prai Utara. Ibu daerah Seberang Prai Utara ialah Kepala Batas manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Butterworth (Bagan).

~ Daerah Seberang Prai Selatan. Ibu daerah Seberang Prai Selatan ialah Sungai Jawi manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Nibong Tebal.


Daerah - daerah di negeri Perak terbahagi kepada dua belas daerah. Dua belas daerah tersebut ialah...

~ Daerah Kinta. Ibu daerah Kinta ialah Ipoh. Daerah ini yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Perak. Walaupun Ipoh merupakan ibu negeri Perak... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Meru Raya (masih terletak di dalam daerah ini). Ipoh merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama negeri Perak. Selain Ipoh... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Batu Gajah, Jelapang & Meru Raya.

~ Daerah Kampar. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kampar (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Gopeng.

~ Daerah Larut Matang Selama. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Taiping (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Kamunting & Selama.

~ Daerah Kerian. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Parit Buntar (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Bagan Serai.

~ Daerah Manjung. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Seri Manjung (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Sitiawan, Lumut, Pekan Pangkor, Pekan Lekir, Pekan Ayer Tawar & Pantai Remis.

~ Daerah Perak Tengah. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Seri Iskandar (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Kampung Gajah.

~ Daerah Hilir Perak. Teluk Intan merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Bagan Datuk. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bagan Datuk (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Hutan Melintang.

~ Daerah Mu'alim. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Tanjung Malim (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Slim River.

~ Daerah Batang Padang. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Tapah (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Bidor.

~ Daerah Kuala Kangsar. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Kangsar (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Bukit Chandan, Sungai Siput & Padang Renggas.

~ Daerah Hulu Perak. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Grik (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Lenggong & Pengkalan Hulu.


Daerah - daerah di negeri Kedah terbahagi kepada dua belas daerah. Dua belas daerah tersebut ialah...

~ Daerah Kota Setar. Ibu daerah Kota Setar ialah Alor Setar. Daerah ini yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Kedah. Walaupun Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Muadzam Shah Anak Bukit (masih terletak di dalam daerah ini). Alor Setar merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama negeri Kedah. Selain Alor Setar... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Kedah & Muadzam Shah Anak Bukit.

~ Daerah Kuala Muda. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Sungei Petani (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Gurun & Merbok.

~ Daerah Yan. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Yan (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Guar Chempedak.

~ Daerah Kulim. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kulim (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Lunas.

~ Daerah Bandar Baharu. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Baharu (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Serdang.

~ Daerah Kubang Pasu. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Jitra (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Ayer Hitam, Ko'diang, Sintok & Bukit Kayu Hitam.

~ Daerah Padang Terap. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Nerang (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Pedu.

~ Daerah Baling. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Baling (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Kuala Ketil.

~ Daerah Sik. Bandar Sik merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Pendang. Bandar Pendang merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Pokok Sena. Bandar Pokok Sena merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Kepulauan Langkawi. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuah (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Padang Masirat.


Negeri Perlis tidak mempunyai sistem pentadbiran daerah tanah yang rasmi kerana negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil saiz geografinya di Malaysia. Bahkan bukan sahaja saiz geografinya yang sebesar daerah lazimnya di Malaysia... populasinya juga hanya sesuai untuk bertaraf daerah bandaraya berbanding bertaraf negeri. Namun begitu... negeri Perlis masih mempunyai pecahan pentadbiran mukim yang diketuai oleh seorang penghulu mukim. Topik senarai mukim - mukim di Perlis akan dibincangkan di blogpost yang lain... sekian, terima kasih...


Daerah - daerah di negeri Pahang terbahagi kepada sebelas daerah. Sebelas daerah tersebut ialah...

~ Daerah Kuantan. Daerah yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Pahang di daerah ini. Walaupun Kuantan merupakan ibu negeri Pahang... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Indera Mahkota (masih terletak di dalam daerah Kuantan). Kuantan merupakan bandaraya terbesar di Wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan berperanan sebagai pusat urbaniasi dan ekonomi utama di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Selain Kuantan... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Indera Mahkota & Gambang.

~ Daerah Pekan. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Pekan (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Nenasi & Chini.

~ Daerah Temerloh. Ibu daerah Temerloh ialah Bandar Temerloh manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Mentakab. Selain Bandar Temerloh & Mentakab... bandar atau pekan utama di daerah ini ialah Kuala Krau.

~ Daerah Maran. Ibu daerah Maran ialah Bandar Maran manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Bandar Pusat Jengka.

~ Daerah Bentong. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Bentong (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Karak & Genting.

~ Daerah Raub. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Raub (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Bukit Fraser.

~ Daerah Jerantut. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Jerantut (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Kuala Tembeling.

~ Daerah Lipis. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Lipis (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Padang Tengku.

~ Daerah Tanah Tinggi Cameron. Ibu daerah Tanah Tinggi Cameron ialah Tanah Rata manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Brinchang. Selain Tanah Rata & Brinchang... bandar atau pekan utama di daerah ini ialah Ringlet.

~ Daerah Rompin. Ibu daerah Rompin ialah Kuala Rompin manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Bandar Muadzam Shah. Selain Kuala Rompin & Bandar Muadzam Shah... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Bandar Tun Razak, Kuala Pontian & Tanjung Gemuk.

~ Daerah Bera. Ibu daerah Bera ialah Kuala Bera manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Triang.


Pentadbiran di Kelantan nampak seakan berbeza berbanding negeri - negeri lain di Semenanjung Malaysia dari segi nama peringkat pentadbiran tetapi dari segi fungsi dan cara pentadbiran tak begitu berbeza dengan negeri - negeri lain di Semenanjung Malaysia. Seperti contoh ialah jajahan diketuai oleh ketua jajahan yang mana di negeri lain dipanggil daerah diketuai oleh pegawai daerah. Daerah di Kelantan diketuai oleh penggawa yang mana di negeri lain dipanggil mukim diketuai penghulu. Mukim di Kelantan diketuai oleh penghulu yang mana di negeri lain dipanggil kampung diketuai ketua kampung. Jajahan - jajahan di negeri Kelantan terbahagi kepada sepuluh jajahan. Sepuluh jajahan tersebut tersebut ialah...

~ Jajahan Kota Bharu. Jajahan ini yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Kelantan. Walaupun Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Tunjong (masih terletak di dalam jajahan ini). Kota Bharu merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama negeri Kelantan. Selain Kota Bharu... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Ketereh, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kok Lanas & Tunjong.

~ Jajahan Bachok. Bandar Bachok merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama jajahan ini.

~ Jajahan Gua Musang. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Bandar Gua Musang (ibu jajahan, pusat urbanisasi & ekonomi utama jajahan) & Sigar.

~ Jajahan Jeli. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Bandar Jeli (ibu jajahan, pusat urbanisasi & ekonomi utama jajahan) & Kuala Balah.

~ Jajahan Pasir Mas. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Bandar Pasir Mas (ibu jajahan, pusat urbanisasi & ekonomi utama jajahan) & Rantau Panjang.

~ Jajahan Tumpat. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Bandar Tumpat (ibu jajahan, pusat urbanisasi & ekonomi utama jajahan) & Wakaf Baharu.

~ Jajahan Kuala Krai. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Bandar Kuala Krai (ibu jajahan, pusat urbanisasi & ekonomi utama jajahan) & Dabong.

~ Jajahan Tanah Merah. Bandar Tanah Merah merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama jajahan ini.

~ Jajahan Pasir Puteh. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di jajahan ini ialah Bandar Pasir Puteh (ibu jajahan, pusat urbanisasi & ekonomi utama jajahan) & Tok Bali.

~ Jajahan Machang. Bandar Machang merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama jajahan ini.


Daerah - daerah di negeri Terengganu terbahagi kepada lapan daerah. Lapan daerah tersebut ialah...

~ Daerah Kuala Terengganu. Daerah ini yang berperanan dan terletaknya ibu negeri Terengganu. Walaupun Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu... tetapi pusat pentadbiran negeri terletak di Bukit Besar (masih terletak di dalam daerah ini). Kuala Terengganu merupakan pusat urbanisasi dan ekonomi utama negeri Terengganu. Selain Kuala Terengganu... bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Manir & Bukit Besar.

~ Daerah Kuala Nerus. Gong Badak merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Kemaman. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Chukai (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah), Kertih & Kijal.

~ Daerah Dungun. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Sura (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Paka.

~ Daerah Besut. Ibu daerah Besut ialah Kota Putera (juga dikenali sebagai Kampung Raja) manakala pusat urbanisasi dan ekonomi daerah pula terletak di Jertih.

~ Daerah Setiu. Permaisuri merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Marang. Bandar Marang merupakan pusat pentadbiran, pusat urbanisasi dan ekonomi utama daerah ini.

~ Daerah Hulu Terengganu. Bandar - bandar atau pekan - pekan utama di daerah ini ialah Kuala Berang (ibu daerah, pusat urbanisasi & ekonomi utama daerah) & Ajil.


Buat masa ini... pihak kami belum dapat mengenal pasti dan memuktamadkan jumlah sebenar daerah - daerah di negeri Sarawak. Berbanding dengan negeri - negeri di Semenanjung Malaysia... negeri Sarawak mempunyai satu peringkat pentadbiran di antara negeri dan daerah. Peringkat pentadbiran ini dipanggil "Bahagian". Senarai bahagian - bahagian Sarawak ada dibincangkan di blogpost lain... sekian, terima kasih...


Buat masa ini... pihak kami belum dapat mengenal pasti dan memuktamadkan jumlah sebenar daerah - daerah di negeri Sabah. Berbanding dengan negeri - negeri di Semenanjung Malaysia... negeri Sabah mempunyai satu peringkat pentadbiran di antara negeri dan daerah. Peringkat pentadbiran ini dipanggil "Bahagian". Senarai bahagian - bahagian Sabah ada dibincangkan di blogpost lain... sekian, terima kasih...





#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

__________________________________

Thank you for visiting our blog, social media site, YouTube channel and messenger room... You are welcome to Visit, Join, Like, Follow, Subscribe and Share our site and space so you don't miss any new content from us while increasing the traffic and followers of our site.

Proud To Be Malaysian

Blogspot
https://iproud2bmalaysian.blogspot.com/?m=0
https://wow8zone.blogspot.com/?m=0

Facebook
https://www.facebook.com/trulyproud2bmalaysian/
https://www.facebook.com/wow8zone/

Twitter
https://twitter.com/@wow8zone/

Instagram
https://instagram.com/wow8zone/

YouTube
https://www.youtube.com/channel/UCfoVvNI8uJ5ztNRdT8RUbzg (Wow Eight Zone)

Whatsapps
https://chat.whatsapp.com/LxfkKEkJd3AI907Dn2PaZt (Malaysian)
https://chat.whatsapp.com/BjVAmeCDQf73yM0NWgtXMX (Wow Eight Zone)

Telegram
https://t.me/proudmalaysian/
https://t.me/wow8zone/

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Are you a Rengit resident (Parish 12 Sungai Kluang & Parish 11 Sungai Punggur) who live / work / study here or are you related to this area?  Or do you have an interest in developments news or any information about this area and its citizens? We invite you to join the SkyScraperCity forum for the thread “RENGIT (a.k.a رڠيت, 龙 引 & ரெங்கிட்) |  Johor |  Town & Subdistrict ”.  Please click the link below...

https://www.skyscrapercity.com/threads/rengit-a-k-a-رڠيت-龙引-ரெங்கிட்-johor-town-subdistrict.2277039/

You’re welcome to get ebooks digital published by Wow Eight [ 002163676 - A ] at this link ...

https://bitly.com/ewritingsbyfaiziwow8
(For Android Device)

https://bit.ly/iwritingsbyfaiziwow8
(For iOS Device)

https://www.amazon.com/author/ifaizi/
(Kindle)

Many Google eBooks / Apple iBooks / Kindle eBooks are there... There are a wide range of paid and free ebooks are there... Read More...  Happy Reading... 😎

Follow us and become our patron on the Patreon website by clicking on the following link... Thank you...

Wow Eight [ 002163676 - A ]’s Patreon
https://www.patreon.com/wow8gangz/

You like our content? We welcome your donation to us so that we can keep continuing our effort to provide our content for you. Thank you...

Click This Link To Learn How To Contribute To Us...

Click the following link to learn how to contribute to us... 👉🏽 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGeBK_2Ti_NVTnA4etm-aAcuaobVg70kGrcqrZDyIrBoXq6OxvsyKqXcSaDGR2kskA7uxknyxBcrOPZflg4z3O0aJ6ykKy25KDmCQXyQYOsBoK3EIeGLWc-nLZHUyPwcia2SDCxeC-tO0/s1600/iklnmhnsmbngndrmPNGv0.PNG

You can also contribute to us by using the PayPal platform (PayPal Account / Credit Card - Visa or MasterCard / Debit Card - Visa or MasterCard / Charge Card - American Express AMEX or other charge card) by clicking on this link...

http://bit.ly/isinceredonation

Any questions, suggestions or feedbacks... you can continue sending us Whatsapps message by clicking on the link below...

Wow Eight Whatsapps Zone
https://wa.me/60187861238

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

__________________________________

Terima kasih kerana mengunjungi blog, laman media sosial, saluran YouTube dan ruangan messenger kami... Anda dialukan untuk “Visit, Join, Like, Follow, Subscribe dan Share.” (Lawat, Sertai, Suka, Ikuti, Langgan dan Kongsi.) laman dan ruangan kami agar anda tidak terlepas sebarang kandungan baru daripada kami disamping meningkatkan jumlah trafik dan followers (pengikut) laman ruangan kami.

Proud To Be Malaysian

Blogspot
https://iproud2bmalaysian.blogspot.com/?m=0
https://wow8zone.blogspot.com/?m=0

Facebook
https://www.facebook.com/trulyproud2bmalaysian/
https://www.facebook.com/wow8zone/

Twitter
https://twitter.com/@wow8zone/

Instagram
https://instagram.com/wow8zone/

YouTube
https://www.youtube.com/channel/UCfoVvNI8uJ5ztNRdT8RUbzg (Wow Eight Zone)

Whatsapps
https://chat.whatsapp.com/LxfkKEkJd3AI907Dn2PaZt (Malaysian)
https://chat.whatsapp.com/BjVAmeCDQf73yM0NWgtXMX (Wow Eight Zone)

Telegram
https://t.me/proudmalaysian/
https://t.me/wow8zone/

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Anda warga Rengit (Mukim 12 Sungai Kluang & Mukim 11 Sungai Punggur) yang menetap / bekerja / belajar di sini atau mempunyai sebarang kaitan dengan kawasan ini? Atau anda mempunyai minat untuk mengetahui perkembangan pembangunan atau apa jua maklumat berkaitan kawasan ini serta warganya? Kami mengalukan anda untuk menyertai forum SkyScraperCity untuk thread “RENGIT ( a.k.a رڠيت, 龙引 & ரெங்கிட் ) | Johor | Town & Subdistrict”. Mohon klik pautan di bawah ini...

https://www.skyscrapercity.com/threads/rengit-a-k-a-رڠيت-龙引-ரெங்கிட்-johor-town-subdistrict.2277039/

Anda dialukan untuk mendapatkan ebook terbitan digital Wow Eight [ 002163676 - A ] di pautan ini...

https://bitly.com/ewritingsbyfaiziwow8
(Untuk Peranti Android)

https://bit.ly/iwritingsbyfaiziwow8
(Untuk Peranti iOS)

https://www.amazon.com/author/ifaizi/
(Kindle)

Banyak Google eBook / Apple iBook / Kindle eBook ada di sana... Terdapat pelbagai pilihan ebook berbayar dan percuma ada di sana... Kerapkan Amalan Membaca... Selamat Membaca... 😎

Ikuti dan jadilah patron kami di laman sesawang Patreon dengan klik di pautan berikut ini... Terima kasih...

Wow Eight [ 002163676 - A ]’s Patreon
https://www.patreon.com/wow8gangz/

Anda suka dengan kandungan kami?
Kami mengalu-alukan sumbangan anda
kepada kami agar kami boleh
meneruskan penyediaan
kandungan kami untuk anda. Terima kasih...

Klik pautan berikutnya untuk mengetahui cara menyumbang kepada kami... 👉🏽 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGeBK_2Ti_NVTnA4etm-aAcuaobVg70kGrcqrZDyIrBoXq6OxvsyKqXcSaDGR2kskA7uxknyxBcrOPZflg4z3O0aJ6ykKy25KDmCQXyQYOsBoK3EIeGLWc-nLZHUyPwcia2SDCxeC-tO0/s1600/iklnmhnsmbngndrmPNGv0.PNG

Anda juga boleh menyumbang kepada kami dengan menggunakan platform PayPal (Akaun PayPal / Kad Kredit - Visa atau MasterCard / Kad Debit - Visa atau MasterCard / Kad Caj - American Express AMEX atau kad caj yang selainnya) dengan klik di pautan ini...

http://bit.ly/isinceredonation

Sebarang pertanyaan, cadangan atau apa jua maklumbalas... anda boleh terus mengirimkan mesej Whatsapps kepada kami dengan klik di pautan di bawah ini...

Wow Eight Whatsapps Zone
https://wa.me/60187861238

#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

__________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...