Bagi peminat McDonald's di kawasan Merlimau dan Jasin... ada berita baik untuk anda... selepas ini... anda tidak perlu pergi jauh ke bandaraya Melaka, Ayer Keroh, Tampin, Muar & Segamat untuk menikmati kelazatan hidangan burger, ayam goreng, nugget dan lain-lain hidangan di McDonald's kerana pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan premis pandu lalu McDonald's sedang berjalan di bandar Merlimau, daerah Jasin, negeri Melaka.
Tentu perkara ini sesuatu yang dinantikan oleh peminat McDonald's di kawasan Merlimau dan Jasin kerana akhirnya McDonald's akan membuka cawangan pertama mereka di kawasan bandar Merlimau, daerah Jasin, negeri Melaka.
Kemasukan McDonald's di kawasan bandar Merlimau, daerah Jasin, negeri Melaka telah mendapat perhatian peminat McDonald's di kawasan Merlimau dan Jasin menerusi beberapa laman sesawang, laman blog, laman media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain laman media sosial) dan lain-lain lagi.
Seperti biasa pada jangkaan pengarang blog ini... hari pertama pembukaan cawangan pertama restoran pandu lalu McDonald's di kawasan bandar Merlimau ini akan dipenuhi oleh ramai peminat-peminat McDonald's warga kawasan bandar Merlimau dan bandar Jasin yang pernah menikmati hidangan dari McDonald's ini.
Oleh itu... pesanan daripada pengarang blog ini kepada peminat-peminat McDonald's warga kawasan bandar Merlimau dan bandar Jasin yang tidak mahu beratur panjang dan bersesak dalam outlet pertama McDonald's di kawasan bandar Merlimau (pertama di dalam daerah Jasin)... elakkan pergi pada hari pertama pembukaan... tunggulah beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan selepas hari pertama pembukaan.
Apa pun... pengarang blog ini ingin mengucapkan kepada McDonald's... "Selamat Datang Ke bandar Merlimau, daerah Jasin..." dan untuk peminat-peminat McDonald's warga kawasan bandar Merlimau dan bandar Jasin... "Selamat Menjamu Selera!..." 😎
#ProudToBeMalaysian #Malaysian #Malaysia #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI #NegeriMelaka #StateOfMalacca #DaerahJasin #DistrictOfJasin #Merlimau
